PENGGUNAAN
MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al
Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah
Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik
penggunaan minyak wangi:
Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;

- Pesakit hendaklah sentiasa
memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau
perempuan.
- Memakai minyak wangi pada
semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur
tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang
baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point
di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1.
Sapu pada
ubun-ubun.
2.
Belakang
telinga kiri dan kanan.
3.
Di semua hujung jari tangan dan kakinya.
Antara kuku dan kulit.
4.
Dua lubang hidung.
5.
Dua lubang
telinga.
6.
Dua kening berdekatan mata.
7.
Sekeliling
mulut.
8.
Dua puting payu dara.
9.
Dua kemaluan
depan dan belakang. (kubul dan dubur)
10. Lubang pusat
11. Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga
yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin
ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.

Cara caranya
Buka tutup minyak wangi.
Baca ayatul kursi 11 x.
Setelah selesai membaca 11 x ayat kursi,
tiup sehalus nafas ke minyak wangi tersebut.
Mulakan dengan Alfatihah/ salawat dan sapukan
minyak tersebut di point yang dinyatakan dibawah setiap kali selepas
sembahyang.
Pakai lebih sikit waktu nak tidur malam.
Insya'Allah..
No comments:
Post a Comment