Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)




Tuesday 26 June 2012

BEKAM UNTUK PENYAKIT RESDUNG DAN JERAWAT



Pada mereka yang mempunyai masalah jerawat dan resdung yang serius, anda digalakkan untuk berbekam pada bahagian muka dan belakang badan. Sekiranya anda pernah menggunakan rokok resdung sebelum ini, pasti anda perasan ada serbuk putih yang keluar dari liang liang roma di muka anda. Cuba anda bakar serbuk putih itu, ianya akan bertukar menjadi darah kotor. Jadi lebih baik anda berbekam di muka supaya pengeluaran darah kotor dapat dikeluarkan secara maksimum. Jangan risau mengenai parut berbekam di muka, ianya akan hilang dalam masa 3 hari jika nak dibandingkan kesengsaraan anda menanggung kesakitan selama ini. Bekam di point ini juga dapat menyembuhkan penyakit jerawat batu di muka.
InsyaAllah.

Keratan akhbar

Memahami erti bekam

Mohd. Fahmi Ibrahim, pengamal bekam muda bersama para peserta pada kelas praktikal.


SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.
Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.
Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.
Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.
Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.
Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.
Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)
Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)
Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)
Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.
Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!
Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.
"Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.
"Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta," katanya.
Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.
"Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.
"Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas," ujar Mohd. Gadafi.
Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.
Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.
Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.
Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.
"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.
"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.
Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.
Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.
"Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih," katanya.
Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.
Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.
Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.

PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN



Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1.      Sapu pada ubun-ubun.
2.      Belakang telinga kiri dan kanan.
3.      Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
4.      Dua lubang hidung.
5.      Dua lubang telinga.
6.      Dua kening berdekatan mata.
7.      Sekeliling mulut.
8.      Dua puting payu dara.
9.      Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
10.  Lubang pusat
11.  Leher kiri dan kanan.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.

Cara caranya
Buka tutup minyak wangi.
Baca ayatul kursi 11 x.
Setelah selesai membaca 11 x ayat kursi, tiup sehalus nafas ke minyak wangi tersebut.
Mulakan dengan Alfatihah/ salawat dan sapukan minyak tersebut di point yang dinyatakan dibawah setiap kali selepas sembahyang.
Pakai lebih sikit waktu nak tidur malam.


Insya'Allah..

Monday 25 June 2012

KOMBINASI TERBAIK - BEKAM DAN HABBATUS SAWDA



Disamping merawat sakit dengan berbekam, pastikan anda menggunakan habbatus sawda (black Cumin, Nigella sativa) untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum. Habbatus sawda telah lama digunakan sejak ribuan tahun sebagai penyembuh penyakit dan makanan tambahan. Bekam dan habbatus sawda adalah kombinasi terbaik. Sekiranya anda berbekam disebabkan oleh jangkitan bakteria, minumlah habbatus sawda selepas berbekam. Hasilnya amat menakjubkan. Ianya membantu anda menyembeuh penyakit secara semula jadi, insyaAllah.
Habbatus sawda melancarkan peredaran darah, meningkatkan metabolisme dan mengeluarkan toksin dari badan. Habbatus sawda bukanlah ubat moden yang mempunyai dadah atau bahan kimia, ianya adalah berasaskan tumbuhan dan selamat untuk dimakan.
Khasiat habbatus sawda yang lain ialah dapat mencerdaskan otak, melancarkan perjalanan darah, menghancurkan lemak lebihan dalam badan, memulihkan sistem pernafasan, menambahkan tenaga dan antibodi dalam badan yang berfungsi untuk mengelakkan penyakit, mengembalikan selera makan, menghapuskan kolestrol dan toksik dalam badan dan makanan, membuang angin, mengubati buasir dan senggugut serta pelbagai penyakit lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW:“Habbatus Sauda’ merupakan penyembuh segala penyakit kecuali mati.”


 

INFO BEKAM



Kaedah Bekam Sunnah

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

-Umat Islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit fizikal/gangguan jin seminggu sekali sehingga sembuh.

-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal termasuk penyakit gangguan jin.

-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2-3 kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril.

-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/NYAHKUMAN dan kemudian steril menggunakan UV STERILIZER selama 15min pula bagi pembasmian bakteria/virus secara maksimum.


SOALAN-SOALAN LAZIM

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

3) Apakah tarikh yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Tarikh yang mustajab berbekam ialah 17,19 dan 21hb kalendar islam,sebelum datang berbekam hendaklah perut dalam keadaan kosong.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang berbekam darah ialah individu yang fizikalnya terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi berturut-turut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Dianjurkan berpuasa sehari sebelum temujanji bekam ataupun perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam.

10) Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?


1) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.

2) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.

3) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.


Pilihlah jurubekam yang mengutamakan kebersihan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan HAPIZAH AZIZ

KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.
Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar.
“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.
“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut.
“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.
Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun.
“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.

Sunday 24 June 2012

Bekam untuk merawat keletihan dan Insomnia - DIY


Berbekam cara terbaik untuk melepaskan penat lelah dan keletihan melampau akibat kerja seharian. Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Cara termudah adalah dengan berbekam. Anda boleh lakukan sendiri dirumah sekiranya tidak berkesempatan untuk berjumpa perawat islam. Setiap malam sebelum tidur, bekamlah dibahagian tengkuk dan bahu anda. Buat bekam angin sahaja. Perlu diingatkan, bagi mereka yang pertama kali berbekam, akan terasa perit sikit pada point point yang disedut. Itu adalah normal kerana cawan bekam sedang menarik keluar segala angin angin didalam badan. Selepas beberapa ketika, perit itu akan hilang dan anda akan berasa normal walaupun cawan bekam masih terlekat di tengkuk dan bahu anda.
Biarkan cawan bekam itu menyedut dalam 10 minit.Permukaan kulit akan menjadi sedikit merah kehitaman seakan akan melecur. Itu adalah normal.Semakin gelap kulit itu menandakan tahap keletihan anda yang tinggi.
Selepas berbekam, anda akan merasa ringan dan selesa disebabkan peredaran darah yang lancar. Bekam berfungsi untuk melancarkan peredaran darah. Anda akan tidur dengan lenanya. Oleh itu, bekam juga dapat menyembuhkan penyakit insomnia. DIY.

 

Musim EURO ramai yang sakit akibat dari kurang tidur

Ramai yang sanggup bersengkang mata untuk menonton secara langsung perlawanan EURO yang disiarkan secara langsung pukul 2.45 pagi. Bila dah tak cukup tidur, mulalah berbagai penyakit yang datang terutamanya penyakit darah tinggi. Jangan lupa untuk berbekam di tengkuk dan bahu untuk point darah tinggi . Bagi mereka yang stress kerana pasukan pilihan mereka kalah, hilangkan stress anda dengan berbekam dan pointnya sama seperti point darah tinggi kerana point ini juga sesuai untuk menghilangkan stress. Makan bola, minum bola tapi janganlah sakit sebab bola.
Membekam pesakit yang terkena gangguan



Pagi Ahad ini saya menuju ke Cheras untuk membekam regular customer saya. Pesakit ini memang berbekam setiap bulan dengan saya. Pesakit ini tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius, hanya darah tinggi yang borderline je. Tapi apabila saya membekamnya pada hari ini, terdapat tanda tanda gangguan pada setiap point yang saya bekam iaitu dibahagian tengkuk dan bahu. Kawasan yang dibekam kelihatan melecur seperti kesan dibakar dan darah yang keluar membentuk tali tali apabila ditarik. Warna darah juga agak hitam pekat. Saya bertanyakan pada pesakit sama ada beliau ada merasa sakit sakit badan atau berdebar debar sepanjang minggu lepas. Beliau mengatakan yang beliau merasa sakit tengkuk sepanjang minggu lepas. Saya membekamnya untuk kali kedua sambil membacakan beberapa ayat ruqyah agar dapat mengeluarkan segala gangguan gangguan didalam badan pesakit. Jin penggangu ini memang suka bertenggek kat tengkuk manusia, sebab tu kita merasa berat dan sakit dibahagian belakang. Alhamdulillah, selepas beberapa kali bekam dibahagian tengkuk, pesakit merasa ringan dan tidak lagi merasa sakit badan dan kaki.

Saturday 23 June 2012

Sejarah Perubatan Bekam



Didalam dunia perubatan Islam, ada 3 cara untuk kesembuhan iaitu madu, berbekam dan habbatus sauda. Bekam telah diketahui kehebatannya sejak berabad abad lamanya, bermula di dunia Arab dan berkembang di Cina dan telah diamalkan untuk merawat semua jenis penyakit.
Bagaimanapun, dengan berkembangnya perubatan moden, teknik berbekam telah dilupakan. Sejak itu, timbulnya pelbagai penyakit baru disebabkan oleh perubatan moden. Inilah kesilapan kita, meninggalkan pemulihan penyakit melalui bekam.

Bekam boleh dibahagikan kepada 2 iaitu bekam darah dan bekam kering. Bekam kering tidak mengeluarkan darah kotor, hanya mengeluarkan angin didalam badan. Bekam darah ialah bekam untuk mengeluarkan darah toksik dari dalam badan. Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, bekam darah berupaya untuk menyembuhkan lebih dari 72 penyakit di dalam badan. Jika anda ketagih dengan rokok atau alkohol, bekam mampu untuk membuang segala toksin ini, tanpa bantuan dari ubatan moden atau pembedahan.

Friday 22 June 2012

RAWATAN BEKAM DARAH DAN ANGIN


KELEBIHAN BERBEKAM

Apakah yang dimaksudkan dengan berbekam?
Bekam adalah suatu kaedah perawatan dimana ianya menggunakan cawan khas dilekatkan pada permukaan kulit dan menghasilkan tekanan untuk menyedut unsur unsur negatif pada badan. Bahagian kulit yang hendak dibekam biasanya dilukakan sedikit untuk membolehkan darah kotor keluar dari badan. Proses ini dinamakan sebagai BEKAM DARAH.

Kaedah perawatan ini telah lama dipraktikkkan oleh tamadun Cina purba dan tamadun Arab selama beribu tahun.

Bekam adalah proses terapi untuk mengeluarkan darah toksik dari badan. Ianya adalah satu cabang perubatan yang amat dianjurkan oleh Syariah.

Didalam masyarakat Arab, bekam dikenali sebagai AL HIJAMAH, masyarakat Cina memanggilnya sebagai GUA SHA dan masyarakat Barat memanggilnya sebagai CUPPING.

Didalam Islam, teknik Bekam ini telah dipopularkan oleh Rasulullah (SAW) seperti yang telah diriwayatkan oleh banyak hadis.

Kaedah bekam berfungsi sebagai pemanas badan dan melancarkan aliran tenaga didalam darah lantas menyingkirkan toksin dan angin di dalam badan.

Penyakit penyakit dibawah menunjukkkan respons yang baik apabila berbekam:
1 Obesiti
2 Penyakit Kaki Gajah / Untut
3 Sakit Pinggang
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6  Alergi Makanan
7 Sengal Tulang
8 Asma
9 Insomnia (Susah Tidur)
10 Cirit Birit
11 Kencing Manis
12 Kencing Malam
13 Tonsil
14 Gatal-Gatal (Harsh)
15 Stress
16 Pusingan Haid Tidak Teratur
17 Ginjal
18 Tekanan Darah Tinggi
19 Sakit-sakit Lutut
20 Sakit-sakit Di Kaki
21 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
22  Gangguan Jiwa
23 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
24 Gout
25 Rematoid
26 Resdung
27 Buasir
28 Mandul
29 Terlalu Banyak Tidur
30 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
31 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
32 Tingkatkan Daya Ingatan
33 Sakit Pinggang
34 Tangan dan Kaki Kesemutan
35 Lumpuh Menyeluruh
36 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
37 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
38 Tegang / Gelisah
39 Berhenti Haid
40 Pembekakan Testis
41 Tekanan Darah Rendah
42 Penyakit Rahim dan masalah kesuburan wanita
43 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal

Beberapa hadis mengenai kelebihan berbekam
1)Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari


Teknik berbekam
Cawan bekam mempunyai banyak jenis - buluh, kaca atau plastik, tanduk haiwan dan teknik berbekam adalah berbeza dari setiap daerah atau negara. Biasanya teknik tradisional menggunakan kaca atau buluh dan menggunakan api untuk mendapatkan kuasa sedutan.


Teknik berbekam pada masa kini
Biasanya pengamal bekam akan menggunakan cawan vakum  yang boleh mengawal tahap sedutan dan lebih bersih. Teknik tidak perlu menggunakan api sebaliknya menggunakan pam vakum. Pisau torehan juga telah digantikan dengan lancet (seperti jarum untuk mengambil darah) dan ianya kurang sakit.