Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)




Sunday 29 July 2012


MERAWAT PENYAKIT GOUT DENGAN BEKAM





Penyakit GOUT timbul kerana banyaknya “asid uric” di dalam badan , atau buah pinggang tidak mampu membuang purin.Purin ialah sejenis protein di dalam badan dan ianya mengeluarkan asid uric sebagai bahan kumuhnya. Badan akan mengeluarkan purin melalui buah pinggang. Tanda tanda gout ialah munculnya rasa sakit di bagian tubuh terutama di kaki dan bagian jari-jari tangan. Jika asid uric sangat tinggi (Hyperuricemia) maka akan munculnya benjolan pada telapak tangan dan telapak kaki. Pesakit gout harus mengelakkan dari mengambil makanan kekacang dan makanan laut, minuman beralkohol dan harus memperbanyakkan minum air kosong. Point point bekam untuk merawat gout ialah tengkuk, bahu, pinggang,kaki dan tangan.

Thursday 26 July 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK KENCING MANIS
























Dalam dunia perubatan moden,, penyakit diabetes atau kencing manis tidak boleh disembuhkan, cuma boleh di perlahankan agar tidak kronik. Tetapi dalam Islam ada hadis yang menyebut ”Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.”(Abu Daud dan At-Tirmidzi). Anda harus yakin bahawa tanpa makan ubat pun anda boleh sembuh, cukup sekadar dengan berbekam, habbatus sawda dan istiqomah. Faktor lain yang penting adalah selalu bersukan, menjaga makanan dan tidak menggunakan gula putih/gula pasir. Titik-Titik Bekam untuk kencing manis :1. Point bekam Kepala . Titik bekam kepala ini untuk memperbaiki sel pangkreas yang rosak. Pesakit diabetes pada umumnya mempunyai masalah mengeluarkan insulin, hormon yang mengubah glukosa menjadi tenaga. 2. Point Bekam di tengkuk, bahu dan Pinggang. Ini adalah point bekam nabi. Fungsi nya adalah membuang toksin atau darah kotor yang ada disekitar jantung, kepala dan buah pinggang. Titik bekam sunnah Nabi adalah yang terbaik, kerana disitu terletaknya laluan penting darah, tempat pertemuan aliran darah. Jadi banyak darah yang dihasilkan. 3. Point bekam di lutut. Titik ini adalah titik sunnah Nabi juga. Kadar gula tinggi biasanya menyerang daerah kaki, maka titik ini mewakili titik pengambilan darah kotor di kaki. Titik kaki ini adalah titik potensi penyumbatan pada pesakit diabetis.

Sunday 22 July 2012


RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT KAKI GAJAH (UNTUT)















Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini.Selain Malaysia, lebih 80 negara lain turut berdepan dengan masalah ini. Dianggarkan seramai 120 juta orang kini menderita akibat penyakit bawaan nyamuk ini. Kira-kira enam peratus penduduk negara ini dijangkiti penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar.Kes-kes Untut jarang dilaporkan berlaku di Eropah dan Amerika Utara, kerana ketiadaan populasi nyamuk Mansonia di sana akibat iklim kurang sesuai bagi haiwan ini membiak. Sebaliknya, cacing parasit mikrofilia Wuchereria Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori amat sesuai hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ini.Cacing-cacing berkenaan menjangkiti sistem limpa lalu membiak hingga membentuk satu koloni besar dalam badan manusia, biasanya tanpa disedari perumahnya.Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan. Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh. Point point bekam untuk penyakit ini di bahagian belakang badan, pinggang , peha dan kaki. 

Friday 20 July 2012


RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT ASMA





Gejala awal penyakit asma adalah sesak nafas, sakit dada, batuk dan bunyi seperti wisel apabila menghembuskan nafas. Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan seperti rangsangan alergen, alergic pada bulu binatang peliharaan, akibat pencemaran udara, perubahan cuaca yang sejuk dan senaman yang keterlaluan.Point bekam untuk asma ini sangat berkesan . Fungsi dari point bekam ini adalah untuk mengurangkan rasa sakit didada akibat penyempitan pembuluh darah atau rongga dada. Selain itu bekam di point ini dapat mengembangkan otot dada agar memberi keselesaan akibat otot tegang selama menderita asma atau sesak nafas. Bekam juga dapat mengurangkan kolesterol, darah kotor pada kawasan rongga dada, ini sangat penting untuk proses perawatan sel di sekitar dada. Bekam juga dapat menghasilkan hormon endorfin, setelah proses pengeluaran darah berlaku, tubuh akan mengeluarkan hormon endorfin, hormon ini untuk ketenangan atau kebahagiaan, ini sesuai untuk penderita asma.

Wednesday 18 July 2012


BEKAM UNTUK KEBAS KAKI DAN TANGAN












Jika anda mengalami kebas kebas kaki atau tangan, petanda bahawa badan anda mempunyai banyak angin. Angin menjadikan peredaran darah menjadi kurang lancar dan menjadikan beberapa bahagian badan anda menerima kurang darah dan menjadikanya kebas. Anda disyorkan untuk membuat rawatan bekam sebanyak 10 point pada kedua belah kaki (3 betis + 2 peha) atau 10 point pada kedua belah tangan (2 bahu + 3 lengan), InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih

Saturday 14 July 2012

JENIS JENIS DARAH BEKAM


a) Darah kotor yang berwarna merah hitam dan berketul seperti jelly adalah darah yang mengandungi toksid





b) Darah kotor dan berbuih buih seperit air sedang menggelegak tandanya darah tersebut mempunyai asid yang banyak dan kalau dibiarkan boleh menyebabkan gout. 





c) Darah kotor yang bertali tali apabila cawan bekam dicabut menandakan pesakit mempunyai gangguan jin/sihir didalam badan. Apabila berbekam, kita dapat memecahkan tapak tapak jin sihir didalam badan kita





Tuesday 10 July 2012

MEMBEKAM PESAKIT MIGRAIN DAN DARAH TINGGI





Dua hari lepas saya berkesempatan membekam seorang pesakit lelaki dan juga merupakan seorang pekerja Domino's Pizza. Masalah beliau ialah migrain dan darah tinggi. Beliau mengadu selalu mengalami sakit dibahagian kepala dan tengkuk. Untuk penyakit migrain dan darah tinggi, point bekamnya terletak di puncak kepala, belakang kepala , tengkuk serta bahu. Nasib baik pesakit telah mencukur kepalanya sebelum datang berbekam dan sedikit sebanyak telah memudahkan tugas saya untuk membekamnya.

Jadi,saya mulakan rawatan dengan membekam puncak kepala dan bahagian belakang kepala pesakit. Setelah dilakukan sedutan dengan kaedah bekam,darah kotor keluar agak banyak sekali iaitu setengah cawan di bahagian puncak kepala.Jadi saya melakukan sedutan sebanyak 4x demi mengeluarkan darah kotor dibahagian kepala dengan maksimum.

Kemudian saya membekam bahu dan belakang  pesakit sebanyak 7cup.2cup lagi saya bekam pada belakang kepala pesakit dan tengkuk ,jadi terlebih dahulu saya mencukur belakang kepala pesakit

Setelah selesai proses berbekam,saya bertanyakan kepada pesakit samada beliau boleh berdiri dan berjalan. Biasanya selepas berbekam dibahagian kepala, pesakit akan merasa sedikit terhoyong hayang. Ini adalah normal.Pesakit merasai kepala agak ringan sekali dan tidak rasa terhoyong-hayang lagi ketika berjalan.Itulah keajaiban perubatan sunnah nabi yang boleh menyembuhkan 76 jenis penyakit dengan serta merta...InsyaAllah

Monday 9 July 2012

FAKTA ILMIAH MENGENAI BEKAM




Teknik innovative Bekam adalah suatu proses membuang angin atau darah kotor (toksin atau racun yang berbahaya dari dalam tubuh) melalui permukaan kulit. Hampir setiap orang mempunyai Toksin. Toksin-toksin ini berasal dari pencemaran udara, makanan yang tidak seimbang atau pewarna minuman dan makanan, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis atau racun dari sayuran dan sebagainya.
Kulit manusia adalah organ atau daerah yang terbesar di dalam tubuh manusia, oleh itu banyak toksid atau racun berkumpul di situ. Berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir di dalam tubuh manusia. Ini salah satu cara Mendetoksifikasi yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekamjuga sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan memulihkan fungsi tubuh/badan serta memberi harapan baru pada penderita untuk terus berikthiar mendapatkan kesembuhan.
Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung di dalam pengamalan ini.
AL FATEHAH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"



-Untuk Penawar Racun & Kala Jengking.

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.


-Untuk Menghilangkan Sifat Lupa.
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.


-Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
.
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.


-Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
.
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Thursday 5 July 2012

BEKAM UNTUK MERAWAT STROKE








STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.
Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut, samaada bahagian kiri atau kanan akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Otak harus menerima bekalan oksigen berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.
Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.
Terjadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. (darah kotor yang tersumbat) Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

Point untuk bekam stroke adalah di atas puncak kepala , tengkuk, bahu dan bahagian sakit yang lain. berbekam seminggu sekali selama 3 minggu berturut. InsyaAllah


Wednesday 4 July 2012

JURUBEKAM JUGA BOLEH MERAWAT PENYAKIT SIHIR DENGAN IZIN ALLAH









































Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :


" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Bagaimana pula JURUBEKAM merawat gangguan jin ?

Jin bergerak dalam tubuh manusia melalui darah dan pula ada hadith sahih yang al hijamah/bekam sunnah mampu menyembuhkan racun dan sihir.

Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi (spt diatas). Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.
Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.
Bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.
Pesakit yang menghidap sihir kerana urusan kerja biasanya dadanya akan sakit.
Mangsa sihir rumah tangga pula sakit di pinggang manakala mangsa akibat sihir pelaris, mangsa terpaksa berdepan dengan kesakitan yang teruk di kaki pada waktu tertentu.
Kaedah bekam yang disertai amalan bacaan ayat-ayat rukyah  dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.
Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.

Darah yang mengandungi unsur unsur gangguan biasanya berwarna merah gelap , berketul-ketul seperti jeli dan bila ditarik seakan akan bertali. Bahagian badan yang dibekam biasanya berwarna hitam seperti kesan melecur akibat terbakar.

Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan toksik daripada badan. Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.

InsyaAllah

Tuesday 3 July 2012

MINGGU BERBEKAM



7 Julai 2012 =17 Syaaban 1433H (Sabtu)
9 Julai 2012 =19
Syaaban 1433H (Isnin)
11 Julai 2012 =21
Syaaban 1433H (Rabu)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Pada tarikh di atas, bulan sedang mengambang penuh dan graviti bulan berada pada tahap maksimum. Darah kotor akan berkumpul  dan ini akan memudahkan pengeluaran darah kotor secara maksimum. 


JazakAllah khair

Sunday 1 July 2012


BERBEKAM DI PINGGANG


Raya dah nak dekat. Persiapan untuk raya pun semakin galak. Rumah nak kena cat. Selepas mengecat rumah mesti seluruh badan dan pinggang anda sakit sakit. Inilah masanya untuk anda melepaskan segala tekanan yang ditanggung oleh pinggang anda.

Berbekam sebulan sekali dikawasan pinggang banyak khasiatnya seperti:-

1) Menghilangkan sakit pinggang.
2) Meningkatkatkan kemampuan seks anda
3) Meningkatkan kesuburan pada wanita
4) Mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh buah pinggang anda kerana segala toksik telah dikeluarkan
5) Menawarkan masalah sihir rumahtangga.