AL FATEHAH SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT
Rasullullah telah bersabda
yang bermaksud :
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala
racun"
-Untuk Penawar Racun
& Kala Jengking.
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan
sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu.
Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di
bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam
badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.
-Untuk Menghilangkan Sifat Lupa.
Tulislah surah
al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi
suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian
berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan
berhasil dengan kesabaran.
-Untuk
Penyembuhan Segala Penyakit.
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini
kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki,
muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah
dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah
berkali-kali.
-Untuk Penyembuhan
Penyakit Mata.
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada
orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air
ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah
yang ada pada surah al Fatihah ini.
No comments:
Post a Comment